Pengenalan Kepada Tawaran Pengajian IT

 

Kursus yang ditawarkan ini ialah KURSUS INTENSIF IT, jangkamasa selama 3 bulan penuh. Kursus padat ini dijalankan secara berasrama sepenuhnya. Pelatih tidak perlu membayar yuran pengajian semasa kursus. Yuran pengajian semasa kursus dibiayai sepenuhnya (100%) oleh InfoTrack Network - no daftar : 1229267-U(IT Network®) dalam bentuk pinjaman pengajian bernilai RM 2500.00. Pelatih kursus boleh menjelaskan jumlah pinjaman ini secara beransur-ansur selepas tamat kursus nanti.

Kursus ini merangkumi hampir keseluruhan cabang IT iaitu perkakasan(hardware), aplikasi(software), internet, perniagaan IT (IT business), pengaturcaraan pangkalan data (database programming), pembangunan multimedia (multimedia development), penyiaran grafik (desktop publishing) dan teknologi rangkaian (networking).  Keseluruhan kursus ini dikendalikan secara praktikal dengan teori yang paling minima. Selama 3 bulan penuh, insya'Allah pelatih kursus akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran IT secara praktikal, walaupun sebelumnya mereka tidak mempunyai langsung latarbelakang atau pengetahuan IT .

Syarat-syarat kelayakan untuk menyertai kursus ini ialah : (* tertakluk kepada perubahan oleh Bahagian Pendaftaran & Rekod Pelatih IT Network®) :  

1.  Berugama Islam - muslim/muslimah
2. Lulus SPM dengan pangkat 1, 2 atau 3 (yang menunggu keputusan juga dipertimbangkan)
3.  Tanpa latarbelakang/pengetahuan IT
4. Bersedia mengikuti  syarat-syarat kursus yang ditetapkan