Permohonan - Bagaimana ?

Permohonan borang secara 'online'  -  klik di sini

Permohonan untuk menyertai kursus ini dan mendapat pinjaman pengajian At-Ta'awun boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat pengurusan IT Network® di alamat berikut :

InfoTrack Network

(1229267 - U)
PT 797, Tingkat Bawah,
Taman Sri Pauh, Jalan JPJ Panji,
16100 Kota Bharu, Kelantan
09-7647911 / 09-7648508
pendaftar@itnet.itgo.com

Bagi pelatih yang berjauhan atau dari luar negeri Kelantan DarulNaim, permohonan boleh dibuat melalui pos. Kami juga bersedia menerima permohonan dan penyertaan dari negara jiran iaitu selatan Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei Darul Salam. (Kursus akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya melainkan istilah-istilah komputer/IT akan dikekalkan dalam bahasa asal). Pemohon dari luar negara perlu mempunyai visa yang sah semasa mereka berada dan mengikuti kursus di sini. Kos dan urusan mendapatkan visa adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon sendiri.

Hubungi kami melalui telefon atau e-mail dengan menyatakan nama, alamat dan nombor telefon anda dan kami akan poskan kepada anda borang permohonan untuk diisi beserta keterangan bercetak tentang kursus ini.  Borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan boleh diposkan kepada kami. Dengan kuota dan tempat yang terhad ini, kami mengamalkan sistem 'yang awal diutamakan' - first come first serve.