Realiti Dunia Kerjaya Sekarang

Umum mengetahui bahawa peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran pada hari ini memerlukan kemampuan akademik dan kewangan yang tinggi. Hanya yang berkemampuan dari segi akademik dan kewangan sahaja yang mampu ke depan.  Kalau anda memiliki kelulusan akademik yang baik sekalipun, belum tentu anda dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, jika anda tiada kemampuan dari segi kewangan.  Apatah lagi jika kelulusan akademik anda agak kurang baik, ditambah lagi dengan kemampuan kewangan yang daif. Inilah realitinya. "Education Is Not Free".

 

Di zaman Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diswastakan, untuk memasukinya memang memerlukan belanja yang besar, itupun dengan kelayakan akademik yang sewajarnya. Persaingan memang banyak, berbanding dengan tempat yang disediakan memang terhad.  Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) apa kurangnya.  Mungkin kelayakan akademik yang diperlukan agak longgar, tetapi kos untuk anda mendapat ilmu dan kemahiran di sana, terlalu tinggi. Konsep francais yang ditawarkan memang menuntut dari anda ribuan ringgit. Sedangkan, dengan ilmu dan kemahiran yang anda miliki itu belum tentu menjanjikan peluang kerjaya yang selesa kepada anda.

 

Di tengah-tengah fenomena ini, anda mungkin antara golongan yang tersepit antara keinginan untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dengan kemampuan anda yang terbatas. Adakah anda atau ahli keluarga anda atau kenalan anda berada dalam situasi di bawah ini ?

 

· Berminat dengan komputer/IT dan ingin benar mendapatkan ilmu kemahiran di bidang ini, tetapi tiada kemampuan dari kelululusan akademik yang baik. (Pelajar dengan kelulusan pangkat 1 masih terlalu ramai yang tidak mendapat tempat di IPTA, apatah lagi yang berpangkat 2 dan 3)

· Kemampuan kewangan yang terbatas menyebabkan anda hilang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, walaupun di institusi-institusi pengajian swasta(IPTS)

· Walaupun tidak memperolehi keputusan yang baik dalam SPM, anda yakin mampu belajar dengan cemerlang dalam bidang yang anda minat, terutamanya dalam bidang teknikal (pemasangan komputer, penyelenggaraan dan  networking) yang tidak memerlukan IQ yang tinggi, tetapi peluang belum anda jumpa untuk merealisasikan hasrat anda tersebut

· Anda mencari-cari pihak yang sudi membiayai pengajian anda di bidang IT. Soal bayaran setelah anda mendapat pekerjaan dan pendapatan, tidak sedikitpun menjadi masalah kepada anda, asalkan anda mendapat peluang belajar. Namun, siapa yang sudi membiayai?

· Walaupun anda telah pun mempunyai pekerjaan, namun kerjaya yang anda ceburi tidak memenuhi minat dan kecenderungan anda. Oleh itu anda sentiasa berubah-ubah kerja.  Mungkin IT merupakan bidang kerjaya yang dapat memenuhi citarasa anda, tetapi anda tidak mempunyai kemahiran IT yang sangat-sangat diperlukan sekarang oleh setiap organisasi.

· Anda berminat dalam sekurang-kurangnya satu dari perkara berikut :

·        Untuk menggunakan aplikasi komputer sepertimana kebanyakan orang yang tahu dan mahir tentang komputer

·        Untuk tahu tentang komponen-komponen komputer dan pandai memasang komputer sendiri, lebih-lebih lagi mahir pula membaiki dan menyelenggara komputer

·     Untuk tahu tentang cara-cara berniaga komputer dan mendapatkan pendapatan lumayan dari pengetahuan tersebut

·           Untuk mahir dalam penggunaan internet dan merekabentuk homepage yang tinggi kualitinya

·        Untuk membangunkan perisian(software) pangkalan data atau multimedia yang memerlukan kreativiti yang tinggi

·     Untuk merekabentuk sesuatu penerbitan atau persembahan menggunakan perisian grafik komputer yang seni dan canggih

·     Kalau-kalaulah anda diberi peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran di atas. Lagi-lagi krisis 'peluang'. Oh 'peluang', di manakah dikau.......