Syarat Penyertaan

Skim Pembiayaan Pengajian IT At-Ta'awun yang disediakan oleh pihak IT Network® hanya akan membiayai kos keseluruhan yuran pengajian semasa kursus. Ini bermakna pelatih tidak perlu menyediakan wang untuk menjelaskan yuran pengajian semasa menjalani kursus ini dan selepasnya, sehinggalah mereka mendapat pekerjaan nanti. Adapun keperluan-keperluan lain semasa kursus perlu dibayar oleh pelatih. Bayaran keperluan kursus adalah seperti berikut  :

Yuran asrama(bulanan)  RM 100.00
Pendaftaran             RM   50.00
Nota & latihan  RM 100.00
Kad matrik RM     5.00
Stamping perjanjian RM   25.00
Peperiksaan & ujian RM 100.00
Sijil & Konvo RM 100.00

Selain dari itu, pelatih perlu meletakkan wang cagaran Perjanjian Pinjaman (AKAN DIKEMBALIKAN) sebanyak RM 500.00.  Wang ini sebagai cagaran bahawa pelatih akan membayar pinjaman pengajian yang diberikan. Tiada penjamin diperlukan untuk perjanjian pinjaman ini. Wang cagaran ini akan dikembalikan semula apabila pelatih selesai membayar pinjaman yang diberikan. Taklimat Perjanjian Pinjaman & Kaedah Pembayaran akan diadakan sebelum kursus berakhir.

Supaya tidak membebankan pelatih, kesemua pembayaran ini dibahagikan kepada 4 peringkat masa, iaitu :

1.   Ketika membuat permohonan

Pengesahan Penyertaan (2 bulan yuran asrama)     RM   200.00 

2.    Bayaran ketika hari pendaftaran :

Pendaftaran             RM   50.00
Nota & latihan  RM 100.00
Kad matrik RM     5.00
Stamping perjanjian RM   25.00
Cagaran(dikembalikan) RM 500.00

 

3.    Bayaran pada awal bulan kedua kursus :

Yuran asrama bulan ketiga RM   100.00

           

4.   Bayaran pada awal bulan terakhir(ke-3) kursus :

Peperiksaan & ujian RM  100.00
Sijil & Konvo

RM  100.00

Kami terpaksa mengehadkan bilangan pelatih bagi setiap sesi pengambilan. Ini kerana pembiayaan yang kami peruntukkan adalah terhad dan kami menetapkan kuota bagi setiap pengambilan(ditentukan oleh Bahagian Pendaftaran & Rekod Pelatih IT Network®).  Oleh kerana itu, setiap permohonan akan ditentukan keutamaan untuk diluluskan dan dipilih menerima pembiayaan berdasarkan bayaran pengesahan penyertaan yang mereka buat.  Bayaran pengesahan penyertaan yang terlebih dahulu sampai ke tangan kami akan diutamakan, sehinggalah kuota yang ditetapkan mencukupi. Sekiranya pengesahan penyertaan diterima setelah kuota yang ditetapkan telah dipenuhi,  pihak kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada pemohon secepat mungkin dan wang bayaran pengesahan akan kami pulangkan. Namun begitu,  nama pemohon akan dimasukkan ke dalam Senarai Keutamaan(priority list) di mana nama-nama ini akan diberi keutamaan untuk pengambilan sesi seterusnya, jika pemohon masih lagi berminat.